1.10.11

Perempuan, Tolong Baca.

Apakah yang menyebabkan wanita kelihatan cantik, berseri dan nampak awet muda? Adakah kerana krim muka atau suntikan botox? Atau kerana penggunaan alat solek?

Semuanya tidak.

Saya berfikiran bahawa, semuanya bergantung pada minda dan bagaimana wanita itu melihat dirinya sendiri, luar dan dalam.

Teruskan membaca...

Pernah dengar tentang peribahasa Hakka berbunyi "Mm hau yi si" diterjemahkan sebagai "malulah". Ia boleh dijelaskan sebagai satu alasan yang diberikan oleh seseorang apabila dia lebih suka melakukan sesuatu yang sama dengan orang lain di sekelilingnya daripada dilihat berbeza. Ia juga menerangkan apabila seseorang itu tidak mahu dilihat terlalu beria-ria untuk melakukan sesuatu.

Apa hubungan peribahasa ini dengan kecantikan atau awet muda wanita?

Makcik ini tidak kena-mengena dengan cerita saya.

Begini...

Wanita  Melayu kebanyakkannya malu untuk melakukan perubahan pada diri apabila sudah mencecah usia 40-an. Saya jarang sekali melihat wanita Melayu begitu bersungguh-sungguh untuk menjadi "muda" pada usia 40-an. Biasanya wanita sebegini saya jumpa di kawasan pinggir bandar. Wanita yang berpendidikan tinggi dan bekerjaya biasanya tidak mengalami perasaan sedemikian. Mereka bangga untuk meremajakan diri walau usia sudah 40-an.

Dengan baju kelawar dan bedak sejuk di muka sudah cukup untuk menjamu mata suami. Belum lagi bau minyak angin. Sudah cukup kata mereka. Buat apa susah-susah. Dah tua.

"Malu dengan anak-anak. Malu dengan orang sekeliling. Malulah. Nanti dikata buang tebiat kalau aku berdandan lebih-lebih". 

Habis macam mana begitu? 

Entah. Saya pun tidak tahu. Hanya perempuan yang faham perempuan.

4 ulasan:

wintergurl berkata...

ic.setuju ...
kalau malas n malu nak hias @ jaga penampilan ...suami pun malas nak tengok kat isteri yang tak berseri ...kalau nak keep husband ....pandai2 la jaga penampilan dalaman & luaran

simanis berkata...

Semua orang suka kan benda yang cantik, baik benda hidup mahu pun benda bukan hidup. Manusia umumnya suka kan keindahan.

Janganlah merasa diri tua di saat lelaki menganggap mereka baru dilahirkan. Dan, cantik itu sangat subjektif. Namun, wajah yang kusam jika dimekapkan, berlipstik nipis, WALAU TAK CANTIK TAPI MANIS, kan?

Muzaffar berkata...

Saya suka "WALAU TAK CANTIK TAPI MANIS"...penuh makna...

a.t.u.l.a.s.c.a. berkata...

berdandan berhias untuk suami tiada istilah tamat tempoh...:) selagi masih ada gelaran isteri...