17.10.11

Satu Petang di Kedai Kopi

Saya berada di kedai kopi. Saya dikelilingi oleh kawan-kawan satu bidang : perguruan. Semuanya guru. Mereka berhujah. Mereka berdebat. Tajuknya? Politik.

Air liur berjejeran keluar. Tangan mencapai rokok. Mulut menghirup teh tarik. Perbualan makin rancak. Saya membuka telinga.

"Kerajaan tak betul."

Wah...ini topik menarik. Saya menumpukan perhatian kepada Yang Dipertua Dewan. Suaranya semakin lantang.

"Gaji guru akan naik".

Wah...ada pula yang mencelah. Perbualan masih berputar kepada kelemahan kerajaan. Saya hanya diam. Tidak mahu mencelah masuk. Saya hanya mahu mendengar.

Betullah kata orang..."cikgu cakap pandai. Kerja nak kurang. Gaji nak lebih."

Betul. Saya setuju. 

Saya mencapai kunci motorsikal dan beredar dengan imbasan wajah Yang Dipertua Dewan masih terbayang-bayang sedang mengutuk kerajaan. 

Antara cakap pandai dan pandai cakap ada perbezaannya.


1 ulasan:

simanis berkata...

I am not so into politics...