9.11.11

Antara Awang Negro dan Shah Bunga

"Jenuh fikirkan tarikan lelaki Afrika"

Begitulah bunyi satu rencana di dalam Utusan Malaysia hari ini yang membuatkan saya tersenyum sendirian. Di dalam artikel itu, penulisnya pening memikirkan tarikan yang ada pada Awang Hitam sehingga membuatkan ramai wanita yang menjadi mangsa mereka. 


Tak kacakkah saya?

Pada hidung kemeknyakah?
Pada tubuh sasanyakah?
Pada kulit hitam merelitnyakah?
Pada bibir tebalnyakah?
Pada romantik kata-katanyakah?
Pada sifat penyayangnyakah?
Ataupun ada sebab-sebab lain?

Pemuda idaman perempuan...

Apakah kurangnya tarikan pada lelaki tempatan (baca : Melayu)?  Hari ini juga akhbar melaporkan tentang kehebatan seorang lelaki bernama "Shah Bunga" yang mengahwini 21 orang wanita. Hebatkah dia? Mungkin Shah Bunga terlebih romantik agaknya. Saya pun seorang yang romantis. Tak percaya, sila tanya isteri saya!

2 ulasan:

simanis berkata...

akakakkaka...
abang romantik ke???
masuk bakul angkat sendiri eh???
akakakkaka

Bung Muzaffar berkata...

tak percaya tanyalah saya...akakaka...