29.11.11

Antara Bapuk dan Cikgu Muzaffar

Golongan lembut atau pondan/darai/bapuk/ bukanlah asing dalam kehidupan saya. Hidup saya pernah dikelilingi oleh kumpulan ini.

Saya sesekali tidak pernah memusuhi kelompok pondan. Jauh sekali untuk menghina mereka. Saya kelaskan mereka kepada dua kumpulan. Yang pertama kelompok pondan yang berpendidikan tinggi. Mereka ini sangat bersopan-santun dan yang pentingnya sangat mementingkan penampilan diri. Mereka tidak mengenakan solekan jauh sekali untuk berpakaian seperti wanita. 

Biasanya mereka banyak bergelumang dengan dunia seni ataupun bidang yang memerlukan kreativiti tinggi. Kenalan terbaru saya seorang penolong editor di sebuah syarikat penerbitan terkenal di ibu negara boleh dimasukkan ke dalam kelas ini di samping beberapa orang seleberiti tanah air seperti Chef Wan dan Jaafar Onn. Sebelum terlupa, si gedik Azwan Ali tidak termasuk dalam kumpulan ini!


Kelompok kedua kita boleh jumpa di belakang lorong. Kalau di Kuala Lumpur, sila cari di Lorong Haji Taib. Kalau di Kuantan, carilah di kawasan Pasar Besar. Di Alor Setar....entahlah, saya belum selidik lagi. Merekalah yang selama ini mencemarkan nama baik kumpulan pondan. Tak percaya sila tanya Mimi Zarina, Presiden Pondan Malaysia. Saya suatu ketika dahulu pernah mencuba untuk mendekati kelompok ini. Malangnya mereka sangat garang dan sangat-sangat nakal. 

Siapapun mereka, janganlah kita sesuka hati menghina ataupun mempermain-mainkan mereka. Setiap makhluk Allah ada hak di muka bumi ini. Pendekatan menghukum tidak boleh digunakan apabila berhadapan dengan mereka. Jika kita menghukum mereka, mungkin akan membenamkan lagi mereka dalam kecelaruan. 

Sesuatu hak itu perlu disertai tanggungjawab dan dihormati. Hak yang tertinggi adalah hak Allah dan apa sahaja yang bertentangan dengannya perlulah ditinggalkan. Apabila hak individu bercanggah dengan hak kolektif, maka hak kolektif lebih utama.

2 ulasan:

simanis berkata...

Kat Kuantan ni buka dekat pasar dah port depa,
skarang kat depan pangung cathy lama...
Abang pi cari depa nak buat apa?? hahaha...

JR berkata...

Hishamuddin Tun Hussein dlm kelompok mana?