23.11.11

Antara Mahfouz Si Bangla dan Cikgu Muzaffar

Malaysia seumpama syurga. Kemakmurannya mengundang ramai warga asing untuk  mencari rezeki sesuap nasi. Pandang kiri pandang kanan kita boleh lihat beraneka ragam wajah asing di negara kita. Kalau dua puluh tahun dulu, kita hanya boleh melihat warga Indonesia sahaja namun sekarang kita sudah menjadi betul-betul antarabangsa. Namakan dari negara mana, semuanya ada. Dari Nepal, Myanmar, Bangladesh, Iran, Filipina dan negara-negara Afrika, semuanya berlonggok di sini.

Persoalannya mengapa Malaysia menjadi tumpuan mereka?

Dalam perbualan saya dengan seorang Abang Gala pelayan restoran mamak tempat saya biasa berlonggok bersama anak-anak buah, saya ada jawapan kepada persoalan di atas.

Si Mahfouz ini seorang pelayan berumur dalam lingkungan 30-an pernah bekerja di Arab Saudi selama 13 tahun. Baru 2 tahun dia di Malaysia. Saya tanyakan dia mengapa dia ke sini.

"Malaysia bagus. Semua bagus."

"Apa yang bagusnya?"

"Orang Malaysia bagus. Banyak baik. Semua Islam. Kita sana duduk Arab Saudi tada bagus. Jahat orang."

"Habis yang hang mai Malaysia ni gaji bayaq mahai ka?"

"Sini duduk makan ada. Tidur tempat ada. Apa lagi mau? Duit simpan sikit hantar Bangladesh sikit. Sini banyak duit."

Apapun saya percaya si Mahfouz ini seorang yang berjimat-cermat. Dia datang ke Malaysia semata-mata mahu mencari wang. Saya terkejut bila dia beritahu jumlah wang yang dihantar olehnya ke Bangladesh setiap bulan.

Berapa?

RM 800.00...!

Saya sendiri tidak mampu untuk menghantar wang dalam jumlah sebanyak itu setiap bulan kepada orang tua saya di kampung.

Anda mampu?

1 ulasan:

NoorGie berkata...

Sebab tu agaknya Malaysia ni 'heaven' kepada pendatang agaknya...