14.12.11

Gadis dan Babi

Kita biasa mendengar lagu "Gadis dan Bunga".

Kali ini saya ingin bercerita tentang "Gadis dan Babi".

Tulisan kali ini adalah rentetan daripada edisi Rabu Yang Bisu (4). Atas nama seni, manusia hilang kewarasannya. Manusia ini terlalu obses dengan pandangan seninya sehingga sanggup menghilangkan naluri kemanusiaannya. Kewarasan fikiran dibuang demi sebuah hasil seni. 

Manusia ini namanya Miru Kim. Wanita kelahiran Amerikadan dibesarkan di Korea Selatan. Miru Kim giat dalam aktiviti fotografi atau "art foto". Beliau terlalu ingin menjadi seekor babi sehingga sanggup bertelanjang bulat dengan sekandang babi. Minatnya ini dikatakan timbul semasa dia belajar di dalam bidang yang berkaitan dengan babi. 

Mana satu babi, mana satu manusia?


Dia mendapat idea untuk mengadakan pameran seni yang diberi nama "I like pig and pig like me" (Saya suka babi dan babi suka saya) itu selepas membaca sebuah buku seorang ahli falsafah, Michel Serres.
Buku berjudul "Five Senses: A Philosophy of Mingled Bodies" itu meneroka dan menghuraikan perihal ciri-ciri dan sifat kulit.
 
Bekas pelajar perubatan itu tinggal di dalam bilik di bahagian depan sebuah galeri, Art Basel Miami 2011, dan para pengunjung boleh melihatnya berbogel bersama babi melalui sebuah tingkap.

Begitulah manusia bila taksub dengan sesuatu benda. Semua benda dilakukan atas nama seni walaupun terpaksa merendahlan martabat sama dengan babi. Itulah makna seni bagi orang yang tidak beragama.

 Ada sesiapa nak cuba?

 

Sumber cerita :
http://freemalays.blogspot.com

http://www.lookinart.net

http://www.facebook.com/#!/mrzamextreme
 

3 ulasan:

Kamsiah berkata...

geli geleman melihatnya...

Ticer Syah berkata...

err.. ni baru betoi gila varvi namanye.. kekekek.. takde keje len kot noh depa ni.. sungguh jiwa kacoooooo.. dis is kenottt

mamawana berkata...

Dia suka kut orang semelih and panggang dia macam babi..barulah real..kajian dak boddo...