19.1.12

Edisi Malam Jumaat - Mari Kita Berpeluk

Hadis Rasulullah memberitahu, "Barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi (riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimana cara ingin mengasihi ? Jawabnya, berpeluk.

Ramai ahli psikologi mencadangkan rawatan pelukan di mana suami dan isteri digalakkan berpeluk sebelum tidur selama 10 minit. Segala perasaan negatif yang tersimpan di dalam hati sepanjang hari dapat dilepaskan dengan memeluk suami atau isteri. Secara tidak langsung, bagi pasangan yang agak berat mulut untuk meluahkan perkataan "saya sayang awak", pelukan adalah alternatif terbaik untuk melafazkannya.

Mari peluk saya...!


Jadi apa tunggu lagi, pergilah peluk pasangan masing-masing. Ingat, pasangan yang halal sahaja. Saya tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kerosakan selepas anda membaca tulisan ini.

Tiada ulasan: