23.1.12

Maksud Peribahasa Melayu - Batok, Batuk, Pagar dan Pegar

Saya pasti kita semua biasa mendengar peribahasa berbunyi " seperti melepaskan batuk di tangga'. Adakah anda semua tahu apa itu batuk? Dalam Kamus Dewan batuk bermaksud mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya. Merujuk peribahasa yang dimaksudkan, ada pendapat mengatakan yang dimaksudkan sebenarnya ialah batok iaitu sejenis alat yan digunakan untuk menceduk air yang diperbuat daripada tempurung. Jadi, melepaskan batuk di tangga seharusnya dieja seperti "melepaskan batok di tangga." Ini berkemungkinan kesilapan semasa menterjemahkan ejaan jawi kepada ejaan rumi.

Situasinya begini...
 
Pada zaman dahulu, sebelum menaiki rumah, tetamu harus membasuh kaki terlebih dahulu sebagai adat menghormati tuan rumah. Batok biasanya mempunyai tempat letaknya sendiri. Sekiranya meletakkan batok bukan di tempatnya, hanya di tangga, perbuatan itu dianggap seperti tidak sempurna atau hanya dibuat separuh jalan sahaja. Daripada situasi sebeginilah timbulnya peribahasa "seperti melepaskan batok di tangga".



Batok ataupun gayung yang diperbuat daripada tempurung.

Satu lagi peribahasa yang biasa didengar ialah "harapkan pagar, pagar makan padi". Dari segi maksudnya, apakah pagar itu bermulut untuk memakan padi? Sebenarnya, pagar harus dieja sebagai pegar. Apakah pegar?



Pegar merupakan sejenis burung yang sebelum ini selalu diharapkan untuk menghalau burung-burung lain daripada memakan padi. Apabila burung ini berlaku khianat, timbullah peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi". 

Begitulah letak duduknya pagar dan batuk di dalam peribahasa Melayu. Sebenarnya isu ini ditimbulkan oleh saudara Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit, pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011. Namun dalam penjelasannya terhadap isu ini, Dewan Bahasa dan Pustaka tetap mempertahankan ejaan batuk dan pagar.

1 ulasan:

NoorGie berkata...

ooooooooooooo begitu rupanya...tapi penerangan awak ade logiknya....mungkin kesilapan ejaan orang dulu2 menjadikan kita sekarang mengenali peribahasa itu seperti sekarang ini...