26.1.12

Merah Padam atau Merah Padma?

Perhatikan ayat berikut :

"Mukanya merah padam".

Apa yang padamnya? Muka? Merah?

Masih lagi dengan topik berkaitan bahasa, kali ini saya utarakan satu lagi pernyataan bahasa yang boleh kita fikirkan kembali.

Kesilapan menterjemah ejaan jawi kepada ejaan rumi menyebabkan timbulkan merah padam. Sebenarnya bukan merah padam tetapi merah padma.

Apa itu padma? Sila lihat gambar di bawah.

Padma atau teratai (lotus) 

Perhatikan warna merah jambu pada kelopak padma. Begitulah warna muka seseorang  jika berada di dalam suasana yang tersepit atau pun malu-malu.

Jadi, kemungkinan merah padam itu sebenarnya merah padma.

Kredit istimewa kepada blog Kisah Seorang Budak U.

Tiada ulasan: