27.1.12

Antara Jubur dan Jubah



Situasi di pasaraya Giant, Alor Setar.

Cikgu Muzaffar : Pelamakk....

Isteri : Apa yang pelamaknya?

Cikgu Muzaffar : Cuba awak tengok tu.

Isteri : Apa dianya?

Cikgu Muzaffar : Punggungnya bulat sat naik sat turun.

Isteri : Mana?

Cikgu Muzaffar : Tu...

Isteri : Yang pakai jubah tu ka?

Cikgu Muzaffar : Cuba tengok pungkoknya...bulat kan. Pakai jubah tapi nampak bentuk tubuh.

Isteri : Iskk...abang ni. Yang pi tengok buat apa...jenis gatai...!

Cikgu Muzaffar : Dahlah kain jenis lembut. Sendat pulak tu. Habih pakai jubah nak buat apa? Nak

tunjuk jubur?

Isteri : Biaq pi dia laa...

Cikgu Muzaffar : Bla...bla...bla...bla...




Katanya jubah itu menutup aurat. Semua aurat termasuk urat-urat tersembunyi di sebalik kain jubah. Sekarang ini sudah terbalik. Pereka fesyen busana muslimah sudah semakin ghairah mereka fesyen yang bukan-bukan. Apa ke jadahnya kalau pakai jubah tapi garisan seluar dalam jelas kelihatan. Kadang-kadang ada yang bermain wayang kulit. Sekali melangkah sederet jantan tumbang imannya

"Tujuan asal Jubah adalah untuk meminimum dan menghalang kesan seksual dari aurat tubuh wanita ke atas pandangan nafsu syahwat kaum lelaki yang melihat. Tetapi, apa gunanya lagi, jika Jubah pun sudah mula disendat dan di-kebanyakan akan rekaannya. Apa maknanya Jubah Muslimah sekiranya lelaki boleh terangsang nafsu apabila melihatnya. ?" -Ustaz Azhar Idrus.

Tiada ulasan: