16.1.12

Surat Untuk Bacaan Hana Tajima

Kepada Hana Tajima,

Saya seorang lelaki berusia 38 tahun. Saya berasa bangga kerana anda telah membuatkan ramai wanita mula memakai tudung. Namun, ada sedikit kehairanan apabila saya mula melihat berlaku  kecelaruan pada wanita-wanita ini. Mungkin anda boleh berbuat sesuatu supaya matlamat asal bertudung di kalangan mereka ini kembali kepada hukum syariat asalnya. Berfesyen bukanlah kesalahan namun biarlah bersesuaian dengan kehendak agama. Buatlah sesuatu agar anda tidak dipertanggungjawabkan.


Apa yang mahu ditutupkannya?








Gambar hiasan sahaja.


Hana Tajima, saya tahu mungkin anda tidak membaca tulisan dari blog picisan seperti ini. Saya betul-betul keliru. Apa yang hendak ditutupkan?

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

Bung Muzaffar.



5 ulasan:

iesya zuhada berkata...

assalamualaikumu..saya sentap tgk gambar2 tu..salah satu tanda kiamat apabila wanita berpakaian tapi telanjang..dunia dah akhir zaman..insyaALLAH..sebelum tiba waktu itu..masih sempat lagi untuk bertaubat,sekian

dari insan yang hina
iesya zuhada

ima althafunnisa' berkata...

huhu.. betul2. ima pown dalam usaha melabuhkan apa yang dipakai..
tutup apa yang perlu ditutup.. trend memang menggoda.
doakan semoga wanita kuat iman.

Bung Muzaffar berkata...

Semoga anda semua dilindungi seperti wanita lindungan Kaabah...!

Wanita Bertudung Hitam berkata...

tapi cekgu, tak silap sy hana tajima promote pakaian longgar2 bukan ketat tah pape cam kat lam pic2 tu..huhu

HasrulHassan [HH] berkata...

Hmmm .... wanita sering jadi mangsa fesyen, lelaki juga pun sama, cuma tak berapa nak diketengahkan ...tgk pelumba basikal negara, pakai sampai nampak susuk tubuh.... tapi itulah, ada daya, tegur dengan hikmat berdasarkan tingkatan iman yang ada.