27.2.12

Berhati-hati Dengan Hati

Berhati-hatilah dengan hati. Andai hati kita begini rupa, maka berhati-hatilah kerana kita termasuk di dalam golongan orang yang sombong.
 


" Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia(kerana sombong)
dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang sombong dan membangga-banggakan diri."
(Luqman:18)
  • Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan.
  • Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian.
  • Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang.
  • Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami.
  • Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain.   

Tiada ulasan: