25.2.12

Gaji Kakitangan Awam Naik 12 Mac 2012?



Perdana Menteri dijangka membuat satu pengumuman penting berhubung kemelut SBPA pada 12 Mac ini.  Apabila Presiden CUEPACS memberi klu yang pengumuman tersebut bakal memberikan "keadilan dan kebaikan" kepada semua pihak, adakah ia juga membawa maksud bahawa penyelarasan gaji yang dinikmati oleh JUSA dan skim premier akan dipanjangkan kepada semua tingkat jawatan dalam perkhidmatan awam?

Jika JPA memahami apa yang sering  PM maksudkan dengan "rakyat didahulukan", mereka akan memahami apa sebenarnya yang menjadi isu dalam kes SBPA ini. Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan jawapan kepada kakitangan bawahan yang tidak berpuas hati dengan isu jurang kenaikan gaji dengan jawapan: "Kalau hendak merasa gaji sebanyak itu, pergilah belajar peringkat ijazah, jadi pegawai dan naik pangkat!"


Adakah ini bermaksud wujud usaha-usaha pihak-pihak tertentu dalam JPA sendiri yang mahu memboikot segala usaha murni kerajaan  untuk meningkatkan taraf hidup rakyat?

Alangkah ruginya kerajaan membayar gaji berbelas-belas ribu ringgit  sebulan kepada pegawai JPA yang begitu sempit pemikirannya sehinggakan perkara yang paling asas pun tidak dapat diselesaikan.

Tiada ulasan: