17.2.12

Hantu Masuk Sekolah

Ada orang yang mempercayai adanya hantu,.Ada pula yang tidak percaya. Sebahagiannya percaya bahawa hantu memang ada, namun dalam pemahaman yang salah. Terpulang kepada ilmu masing-masing untuk mempercayainya atau tidak. Namun, harus diingat, dunia ini tidak hanya dihuni oleh manusia sahaja. Ada juga makhluk Allah lain yang menumpang di bumi ini.

Seminggu dua ini riuh rendah di sekolah saya dengan cerita-cerita hantu. Ada kawan-kawan yang mendakwa terserempak dengan hantu. Sekolah saya mula diduduki pada awal tahun 1956. Tentu banyak cerita-cerita berkaitan hantu yang boleh dikaitkan dengan sekolah setua ini.

Saya sendiri mengalaminya. Dua tiga hari lepas, entah betul atau tidak, hantu muncul menganggu saya. Kejadian berlaku di dalam tandas. Ketika baru masuk ke dalam bilik kecil, saya perasan ada sesusuk tubuh yang besar mengikuti saya dari belakang. Saya beranggapan bahawa mungkin kawan lain turut sama masuk ke kamar kecil. Saya tidak pedulikan. Setelah selesai urusan, saya keluar. Kamar kecil di sebelah saya tadi kelihatan kosong. Saya menguak pintunya. 

Nah...! Kosong...!

Tiada sesiapa di situ. Mana mungkin pengguna bilik sebelah keluar tanpa mengeluarkan apa-apa bunyi. Saya pasti bahawa memang ada orang lain di sebelah kamar kecil saya. Apa lagi, dengan semangat yang tinggal hanya sedikit, saya pantas membuka langkah seribu.

Takut...!
Sebenarnya, sebelum itu ada seorang guru lelaki turut berdepan situasi yang hampir sama. Bezanya, makhluk tersebut bersuara dan sempat bertanya khabar sahabat saya itu. Akibatnya, sahabat saya demam keesokannya.

Kesannya, semua guru ke tandas berteman. Tidak berani keseorangan di tandas lagi. 

Entah ya entah tidak.
Entah hantu entah perasaan sendiri.

1 ulasan:

simanis berkata...

nak antu sekor aci?
ekekekkeke...lain kali, abang karate sama dia okkk...