15.2.12

Mencari Jalang Sampai Terkangkang

Dua cerita berkaitan loghat Terengganu.



Cerita 1

Tanya mereka kepada orang Terengganu  “Kenapa lambat balik?”

“Tak jumpa cari jalang,” balas kawan itu.

Balas balik orang yang bertanya yang kelihatan terkejut; “Kita datang sini nak kursus ke nak cari jalang?”

Sahabat satu kursus yang memahami loghat Terengganu mendengar perbualan itu gelak besar.


Kedua mereka terpinga sehingga diceritakan perkara sebenar menyebabkan kedua mereka ikut ketawa,



Cerita 2

Pensyarah kelahiran Terengganu sedang menyampaikan syarahannya. Katanya, "apa yang saya nak tekangkang di sini ialah......


Pelajar semua ketawa besar membayangkan aksi pensyarah mereka terkangkang di hadapan bilik kuliah.


Loghat Terengganu banyak menggunakan huruf "g" di belakangnya. Semua perkataan berakhir dengan huruf "n" ditambah huruf "g". Itulah jadinya bila pensyarah ingin tekankan aspek tertentu tetapi lain pula bunyinya.


Itulah keindahan Bahasa Melayu.

Tiada ulasan: