26.3.12

Apabila Nona Zaman Sekarang Suka Mengawan, Lelaki Jadi Mangsa

Sebelum membaca habis tulisan saya ini, dengarkan dahulu lagu di atas. Tajuknya 'Nona Zaman Sekarang' sebuah lagu yang popular pada tahun 1960-an.

Katanya " nona zaman sekarang tak boleh ditegur tak boleh dilarang".

Yang ini betul sangatlah. Memang pun nona zaman sekarang tak boleh ditegur tak boleh dilarang. Kalau ditegur jawapnya lari dari rumah...! Dua tiga minggu ini heboh diperbincangkan masyarakat perihal anak-anak gadis lari dari rumah. Mungkin ada masalah yang besar agaknya sampai mahu lari dari rumah. Sebenarnya bukan masalah apa pun cuma masalah 'gelenyar' sahaja. Mungkin sekarang ini musim mengawan agaknya. Patutlah saya tengok anak gadis sekarang ini lain macam sahaja kelakunya.

Menggelitis macam cacing kepanasan. Memang apabila tiba musim mengawan, semua haiwan akan berkelakuan begitu. Jadi, kepada kaum lelaki di luar sana, berhati-hatilah kerana nona-nona zaman sekarang sedang mengalami sindrom musim mengawan. Awas dengan kelakuan anda. Jangan lakukan sesuatu yang boleh menaikkan nafsu syahwat mereka. Nanti tak pasal-pasal anda semua disondolnya maklumlah nona-nona zaman sekarang tak boleh ditegur tak boleh dilarang...!

Tiada ulasan: