14.3.12

Dirang - Airmata Yang Tumpah

Entah apa perkataan lagi yang mampu saya tuliskan di sini. Semuanya setelah saya meneliti perkembangan kes adik Dirang. Sedih bukan lagi perkataannya. Marah sudah habis ke takah tertinggi. Hanya kesedihan dapat digambarkan melalui airmata yang bergenang.

Siapa yang tidak belas melihat wajah comel ini dibakar kejam?


Pilu hati apabila membaca bahawa ibunya pengsan setelah berulang-kali menyebut "kenapa kasi mati anak aku". Penemuan rangka mayatnya yang terbakar menunjukkan betapa zalimnya manusia-manusia pelaku itu. Andai mahu disamakan dengan haiwan, itu bukan bandingannya. Mungkin syaitan lebih tepat lagi.

Apabila direnung kepada rentetan-rentetan kejadian yang melibatkan kanak-kanak sebegini, saya tertanya-tanya, apakah negara kita sudah menjadi tidak selamat buat kanak-kanak? Apakah di luar sana berkeliaran syaitan-syaitan berwajah manusia sedang menitiskan air liur melihat kanak-kanak ini? Ya Allah, apakah ini balasanMu?

Lakukanlah sesuatu. Berilah ruang buat anak-anak kita bermain berseronok dengan selamat. Berilah mereka peluang untuk membesar dengan selamat.

3 ulasan:

roza berkata...

Luluh naluri keibuanku....kejam sungguh

Bung Muzaffar berkata...

Hanya mereka yang tiada hati dan perasaan sahaja yang tidak tersentuh...

Cik FaRiZaM berkata...

terseksa ke tengok budu tu???hehe~ sori...sy dtg singgah sini n follow.... i follow u :)

jemput makan ikan n budu n singgang