20.3.12

Hang Tuah Tidak Wujud?

Awal tahun ini, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim membangkitkan persoalan tentang kewujudan Hang Tuah. Beliau meragui kebenaran di sebalik kisah pahlawan Melayu itu. Bangkit untuk menjawab persoalan itu, kerajaan negeri Melaka telah mengadakan satu seminar antarabangsa bagi membincangkan persoalan tersebut. Karya agung Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah tidak cukup untuk dijadikan sandaran bagi menyokong bukti kewujudan Hang Tuah.

Beberapa teori berlingkar di sebalik kewujudan Hang Tuah. Ada pendapat mengatakan bahawa Hang Tuah sebenarnya adalah seorang wanita. Pendapat ini bersandar kepada babak pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat. Dikatakan bahawa Hang Jebat tidak menggunakan peluang untuk menikam Hang Tuah walaupun peluang untuk beliau berbuat demikian terbuka luas.

Satu lagi pendapat liar juga mengaitkan bahawa Hang Tuah seorang wanita apabila beliau dikatakan mengelak perhubungan dan bersentuhan dengan Tun Teja. Di dalam Hikayat hang Tuah dihujahkan bahawa perwatakan Hang Tuah sangat 'feminin' dan penuh kelembutan.

Malah ada yang tergamak mengeluarkan pendapat bahawa Hang Tuah lima bersaudara adalah berbangsa Cina. Hujah ini berpandukan nama 'Hang' di pangkal nama masing-masing.

Babak pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat

Walau bagaimanapun, saya berfikiran bahawa setiap individu mempunyai fahaman tersendiri mengenai sejarah, kenyataan dan hakikat apabila menyentuh perihal kewujudan Hang Tuah. Masing-masing hadir berserta pandangan dan perspektif dari sudut berbeza.  Pendapat-pendapat yang popular ini selalunya miskin dari segi isi dan nilai intelektual. Ia tidak dapat dianggap sebagai sesuatu yang serius. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segenap isi alam.

Ikuti perbahasan Dr. Khoo Kay Kim berkaitan isu kewujudan Hang Tuah di sini.

*sumber : Berita Minggu 11 Mac 2012

Tiada ulasan: