27.3.12

Jom Audit Ego

Jom kita audit ego. Cuba semak diri sendiri. Kenali diri samada kita mempunyai 10 ciri-ciri orang ego. 
Muka tak boleh tahan...!

1.   Tidak mahu menerima pandangan dari orang atau pihak lain.
2. Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri.
3. Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya.
4. Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang  lunak.
5. Selalu berwajah serius dan masam.
6. Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja.
7. Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain.
8. Mudah menjadi marah.
9.Sukar meminta maaf dan memaafkan orang lain.
10. Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran.
11. Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya.
12. Sangat suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara.


Tiada ulasan: