15.3.12

Mencari "Chicken Soup"

Sebahagian manusia kelihatan kebal dan tidak berasa apa-apa jika ditimpa bencana. Ada juga yang dapat menangani hal negatif yang dilemparkan kepadanya tanpa rasa terluka. Semua ini memerlukan kekuatan yang bukan sedikit.

Saya menghabiskan sisa-sisa cuti persekolahan ini dengan mengkaji semula nilai-nilai diri - rasa syukur dan kesabaran. Mengapakah sesetengah orang lebih bersyukur dan lebih bersabar?

Dalam pencarian itu, saya ditemukan dengan sebuah buku yang mampu merungkai persoalan di atas. Buku "Chicken Soup for The Soul" mampu merungkai sedikit persoalan saya. Saya cuba untuk menghabiskan buku ini secepat yang boleh. Dengan 101 kisah-kisah motivasi, saya percaya ada sesuatu yang mungkin boleh saya jadikan penawar dalam mengharungi setiap kesakitan yang menghalang kembara jiwa.



Kisah-kisah dalam buku ini telah diterjemahkan kepada 40 bahasa. Bayangkan betapa ramai umat manusia beroleh inspirasi daripadanya. Kisah-kisah pendek yang dipaparkan dihantar kepada pembaca dengan penceritaan yang bersahaja. Kadang-kadang ada pancungan di hujung cerita yang membuatan kita tersentak lantas cuba mengaitkannya dengan pengalaman sendiri.

Saya yakin buku ini bukanlah ubat mujarab untuk mencanai sikap positif diri namun sekurang-kurangnya ia satu daripada alat untuk kita menemukan diri. Hanya al-Quranlah ubat paling mujarab.

Saya mencadangkan bahan bacaan ini apabila kita memerlukan peringatan mengenai bagaimana nikmat, peluang dan kegembiraan ada di mana-mana saja.

Sila klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini.

2 ulasan:

NoorGie berkata...

Chicken Soup ni macam2 version ada....kat sekolah saya ada koleksinya...memang seronok membaca dan 'menghirup' apa yg ada dalam chicken soup ni....selamat menghabiskan buku ni ye cikgu muzaffar

mamawana berkata...

Chicken Soup.. laparlah pulak... ihiiikkss