25.3.12

Oitt, Jangan Lawan Cikgu...!

Siapa ikhlas dalam bekerja?

Jika ditanya soalan di atas, tentu ramai yang akan menjawab "mestilah ikhlas". Persoalannya, sejauh manakah ikhlasnya hati kita dalam menjalankan tugas di tempat kerja?

Saya ingin menjuruskan tulisan ini kepada keikhlasan kerja seorang guru. Berdentum-dentam sana-sini kedengaran bunyi suara guru meluahkan perasaan tidak puas hati dengan SBPA. Ya, mungkin kali ini cikgu betul. Memang SBPA tidak adil. Saya setuju dengan cikgu-cikgu. Sekarang,PM sudah perbetulkan keadaan.Semua mendapat manfaat.Situasi menang-menang di situ. Namun,meriam buluh cikgu masih lagi berbunyi berdentum dentam. Apalagi cikgu? Tak puas hati lagi?

 

Beban kerja banyak. Semua cikgu nak kena buat. Itu nak kena buat.Ini nak kena buat. Pendek kata macam-macam serba bagai perkara cikgu nak kena uruskan. Oh, kesian cikgu.

Realitinya, apakah semua guru di sekolah kena buat semua? Semua guru ke? Yang pasti, ada yang berlagak seolah-olah pekak telinga buta mata. Spesies sebegini paling ramai. Sekolah nak tunggang langgang ke, terbalik ke, aku peduli apa...!

Tidak cukup di dada akhbar, sekarang ini di laman-laman forum sosial, cikgu-cikgu meluahkan ketidakpuasan hati masing-masing. Siap buat kumpulan guru itulah, guru inilah. Kalaulah cikgu tiada masa, sibuk dengan urusan kerja,bagaimana cikgu boleh meluangkan masa tercongok depan komputer berdentum dentam. Mungkin cikgu gunakan masa tidur cikgu untuk berforum.

 

Saya yakin andai tulisan saya ini dipaparkan di laman-laman forum, masak saya dibelasah oleh cikgu-cikgu. Saya takut dibelasah sebab cikgu semuanya hebat-hebat.Setiap persoalan yang saya kemukakan, pasti ada 1000 jawapan balas. Jadi,cukuplah saya paparkan di ruangan blog saya sahaja sebagai manifestasi perasaan saya. Saya pohon maaf andai ada yang tidak bersetuju dengan saya. Bukan niat untuk mencetuskan api perbalahan dengan sesiapa pun. Juga tidak ada kena-mengena dengan sesiapa pun. Ini hanyalah lintasan fikiran saya untuk meluahkan pendapat di sini.

Berbalik kepada pertanyaan saya pada asalnya tadi. Ikhlaskah kita?

3 ulasan:

pencinta ilmu berkata...

Saya setuju dgn pendapat cikgu cuma tak begitu berani nak suarakan. selalu terfikir ada setengah kalangan kita mungkin byk mhabiskan masa bjam2 tercongok dpn komputer bergroup sana sini. Saya pula sampai xcukup masa nak siapkan kerja saya. Nak buat mcm2 kerja untuk murid.

Bung Muzaffar berkata...

Itulah realiti dunia cikgu sekarang. Suka berkicau semua benda tak betul. Kesalahan sendiri tak nampak...dunia oh dunia...!

simanis berkata...

saya tidak berforum dengan mana mana group cikgu sejak bikin fb baru ni...bukan nya sombong, cuma saya dapati dalam group cikgu2 tu ada yang sombong dan angkuh bila mengeluarkan apa2 kenyataan...
oh ya, saya mengadap laptop dan mengupdate blog serta bersenda gurau dengan rakan rakan di fb apabila semua kerja dah dibereskan...
I work SMART, I don't work STRESS... :)