13.3.12

Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012

” Pada yang belum kenal saya, saya ingin beritahu, saya bukannya penjual karpet,”

Sebghatullah Qazizada daripada  Afghanistan membuatkan ramai hadirin termasuk PM tergelak besar. Menyaksikan pertandingan tersebut di kaca tv membuatkan saya tertanya-tanya mengapa masih ada di kalangan warga Malaysia sendiri masih tidak dapat menguasai Bahasa Melayu walaupun sudah berpuluh-puluh tahun di sini?

Saya amat bangga apabila melihat kebanyakan peserta asing mampu untuk meluahkan pendapat di dalam Bahasa Melayu walaupun sebutan mereka  sedikit canggung di pendengaran kita.

Peserta Jepun, Yota Tamura sangat comel dengan bicaranya yang selaju keretapi di Jepun. Secara keseluruhannya saya dapati penguasaan Bahasa Melayu mereka amat memuaskan cumanya sebutan sahaja yang masih boleh diperbaiki lagi. Gaya persembahan mereka agak santai terutama peserta daripada Moldova. Mereka begitu asyik dengan Bahasa Melayu. Kekuatan mereka terletak pada bahasa badan yang begitu berkesan. 

 
 Johan PABM 2012


 Yota Tamura - Peserta dari Jepun


 

2 ulasan:

NoorGie berkata...

cikgu muzaffar..saya suka sangat si jepun ni..comel! ingatkan dia yg menang malam tu....

Bung Muzaffar berkata...

Mungkin isinya kurang...penyampaian bagus..