8.4.12

5 Ciri-Ciri Suami Idaman Isteri

Teringat perbualan dengan teman sekerja wanita pagi tadi. Perbualan berkisar tentang suami idaman isteri. Mereka kata suami idaman isteri adalah seperti berikut :



1. Selalu berterima kasih
Ini paling disukai oleh isteri. Cukup hanya dengan berterima kasih, isteri akan senyum memanjang sampai ke   pagi esok.

2. Selalu membelai rambut isteri
Seronoknya mereka kalau rambut dibelai. Sentuhan manja suami sangat mendamaikan kata mereka.

3. Bersikap penyayang
Penyayang kepada yang berhak sahaja seperti anak isteri. Suami yang selalu memanjakan anak-anak, buat susu, tukar lampin, tolong memasak, tolong menyidai kain adalah suami yang sangat diidamkan oleh isteri.

4. Selalu memuji isteri
Memang sifat semulajadi isteri suka dipuji. Pujilah walaupun kadang-kadang pujian itu tidak ikhlas.

5. Selalu tersenyum walaupun marah.
Yang ini susah sikit. Senyum walaupun marah adalah satu pekerjaan yang amat susah.

Alhamdulillah saya mencukupi semua sifat suami idaman di atas kecuali yang kelima. Yang itu susah sikit sebab saya tak pandai berpura-pura. Tak percaya, sila tanya saya...!

2 ulasan:

NoorGie berkata...

ermmmm...sama la macam suami saya..semua ada kecuali yg no 5 (^__^)

Tanpa Nama berkata...

Lelaki memang mcm tu laa...