19.4.12

Begitulah Manusia

Perut jangan buncit
makan tak mahu sedikit
begitulah manusia.

isteri nak yang cantik
muka sendiri tak nak tilik
begitulah manusia.

gaji mahu besar
kerja lagi kecil lagi baik
begitulah manusia.

barang mahu berkualiti
harga lagi murah lagi bagus
begitulah manusia.

cakap lagi bebas
lagi orang marah lagi seronok
begitulah manusia.

Ini lagi senang...!

Tiada ulasan: