15.4.12

Buku Yang Saya Baca - "The Presentation - Secrets of Steve Jobs"

Siapa tidak kenal Steve Jobs? Sebelum ini tidak ramai yang mengetahui sisi lain seorang Steve Jobs. Selalu dipaparkan adalah kehebatan idea-idea luar biasanya dalam membuat inovasi dalam dunia komunikasi.

Sebenarnya beliau adalah seorang pengucap atau komunikator yang hebat. Saya telah berjaya mendapatkan sebuah buku yang menceritakan kehebatan seorang Steve Jobs sebagai seorang penyampai hebat. Buku bertajuk "The Presentation - Secrets of Steve Jobs" menceritakan pelbagai rahsia kejayaan beliau sebagai seorang penyampai hebat.

Hasil tulisan Carmine Gallo ini mendedahkan pelbagai contoh, tip, teknik dan rahsia penyampaian yang terbukti berkesan pada setiap masa. Jika kita seorang pengamal komunikasi berkesan, saya pasti buku ini pasti akan menambahkan idea kita untuk menjadi pemenang di hadapan khalayak.

Saya telah selesai membaca buku ini. Sekarang ini saya membacanya buat kali kedua sebagai peneguhan kepada setiap konsep yang dikongsikan oleh penulis buku ini. Satu tips yang paling membekas di ingatan saya ialah setiap pembentangan adalah seperti sebuah persembahan teater, lengkap dengan prop dan set.

Saya mencadangkan buku ini dibaca sebagai panduan atau tambahan kepada ilmu yang sedia ada. Nikmatilah sebuah buku yang mengongsi segala-gala dalam gaya bahasa yang membuatkan kita seolah-olah berada di dalam sesi pembentangan yang menarik.


"Sekiranya kamu tidak dapat menerangkannya dengan ringkas, 
kamu tidak betul-betul memahaminya."
-Albert Einstein



Untuk mengenali lebih lanjut tentang Carmine Gallo, dapatkan infomasi lanjut mengenainya di http://www.carminegallo.com/

Tiada ulasan: