14.4.12

Cerita Seram Melayu? Bangang...!

Suka cerita Melayu? Tak kisahlah drama /telefilem ataupun filem. Saya selalu menonton drama/telefilem Melayu di televisyen. Bukan sengaja menonton, kadang-kadang secara tak sengaja.

Dalam ketidaksengajaan saya itu, saya dapat mengesan beberapa kebangangan cerita-cerita tersebut. Harus diingat, bukan semua cerita Melayu bangang. Ada juga yang cerdik membuatkan kita berfikir.

Kali ini saya ingin tumpukan kepada cerita seram. Kebanyakkan cerita seram Melayu  memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon. Siapa yang takutkan siapa ni?

Satu lagi, cerita seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Penamatnya sudah boleh diteka ia hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem.

Walau bangang macam mana sekalipun cerita Melayu, saya tetap menyokong cerita Melayu.


Yang ini lagi serammmm....!

1 ulasan:

simanis berkata...

ya saya setuju...seram ya ampunnn...betis nya besaq tak hengat ekekekekke...