5.4.12

Petua Lebatkan Misai

Bukan jantan namanya andai atas bibir berkilat licin. Misai diberi olehNya kepada manusia lelaki bertujuan untuk membezakan jantina. Ada juga perempuan bermisai. Itu bukan misai, itu bulu namanya. Mungkin hormonnya tak seimbang.

Saya tidak pernah membuang misai saya sejak dari zaman mula-mula ditumbuhi bulu. Tak segak kata anak murid saya. Ada petua yang boleh saya kongsi di sini. Begini...

1. Dapatkan darah kelawar dan sapu di tempat yang ingin ditumbuhi misai. Saya tak galakkan sebab takut nanti lain pula jadinya. Tak kena cara, anda bertukar menjadi Dracula. Parah...!

2. Gunakan buah keras. Bukan buah yang keras. Itu buah lain. Bakar sebahagian buah keras yang ingin digunakan. Ambil abunya dan sapu di tempat yang diinginkan bermisai.

3.Cara terakhir yang pernah saya amalkan adalah dengan menggunakan minyak sapi. Minyak tersebut perlu dicairkan dan disimpan minyaknya. Jerang air sehingga mendidih dan campurkannya dengan air sejuk untuk mengurangkan kepanasannya. Tuamkan kain yang telah direndamkan ke air hangat ke bahagian misai dan janggut. Bahagian paling penting - ambil minyak sapi yang telah dicairkan tadi, kemudian sapukan di bahagian tadi. Senang bukan.

Kalau mahu membuang misai, ada juga petuanya tapi bukan di sini. Si Manis ada petuanya. Mungkin dia pernah belajar petua-petui daripada nenek kebayan di kaki Gunung Ledang.  Klik sini untuk berbagai petua.

Misai idaman saya...halus....!

Tiada ulasan: