11.4.12

Rahsia Bunga Kemboja

Bunga kemboja atau bunga kubur adalah bunga kegemaran saya. Putih tulus suci tapi ada rahsia kerana ada warna lain di tengahnya. Kelopaknya lambang taat mengerjakan rukun yang lima. 

Tampak manis bila diselitkan di rambut ataupun sanggul. Rupa parasnya tidak menyerlah macam ros atau bunga matahari. Terlalu biasa, seakan-akan merendah diri. 

Namun baunya begitu memikat dan selalu ditanam di kawasan perkuburan. Saya menanam bunga kemboja di halaman rumah sebagai peringatan pada destinasi terakhir - negeri kematian.


Tiada ulasan: