7.4.12

Suka Blog Lucah?

Dalam keasyikan saya merayau-rayau di alam siber, sesekali saya tersinggah di beberapa buah blog yang bersifat porno. Isi kandungan dan foto-fotonya kalau tidak porno sepenuhnya akan ada yang bersifat ke arah itu. Mungkin kerana penulisnya percaya bahawa kelucahan adalah sesuatu yang diminati oleh semua orang - termasuk lelaki dan perempuan. 


 Mengambil peluang daripada keseronokan melucah di kalangan masyarakat, maka penulis blog yang menulis atas dasar mencari keuntungan mahupun kemegahan dikenali ramai akan melakukan kelucahan di blog masing-masing tanpa ada kawalan. Niatnya mungkin mahu menyedarkan masyarakat. Persoalannya, apa yang mahu disedarkan.

Ada juga yang tanpa segan-silu memasukkan petikan video berunsur lucah. Tajuknya juga dilucahkan. Pelaku kelucahan di dalam rakaman itu saudara sebangsanya. Malahan pembacanya juga terdiri daripada saudara sebangsanya (baca: seagama).

Sesekali saya juga terbabas daripada niat asal menulis di sini. Mungkin kerana hati tidak berpegang pada niat asal. Namun, kesedaran akan segera datang kerana saya tahu tulisan saya akan dipersoalkan di sana. Tulisan saya ada yang berunsur kelucahan namun semuanya di tulis dalam keadaan sedar. 

Saya berpegang kepada apa yang dititipkan oleh Dr. MAZA - Wahai penulis, apa yang engkau tulis atas lembaranmu, ia ditulis di sisi Tuhanmu! Maka ketika tanganmu mencatat di bumi, jiwamu hendaklah mendongak ke langit tinggi!!!

Baca di sini tentang tanggungjawab penulis oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

1 ulasan:

NoorGie berkata...

agak gusar dengan laman2 web porno ni...sennag sangat budak2 nak mengaksesnya