14.5.12

Anak Dagang di Kedah

Tahun ini sudah masuk tahun ke 19 saya menjadi anak dagang di rantau orang. Sehabis STPM saya terus keluar meninggalkan negeri ibu kandung saya, Terengganu. Bermula di Subang Jaya, saya terus berdagang diri ke Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Sehingga ke hari ini, sudah hampir 10 tahun saya di negeri ibu angkat, Kedah Darul Aman.

Meski jauh dari keluarga, di sini saya masih lagi mempunyai keluarga besar. Sahabat handai dan rakan taulan menjadi keluarga besar saya. Saya seorang di Kedah. Tiada adik beradik mahupun saudara-mara. Teringat pesan arwah ayah, jangan jadi ayam jantan di tempat orang.


Tiada ulasan: