11.5.12

Cikgu Ada Facebook?

"Cikgu, nanti cikgu tag saya kat gambar tadi ya cikgu". Itu permintaan murid saya yang berusia 8 tahun.

Kebanyakan murid saya sudah mempunyai akaun Facebook peribadi. Bahkan sudah pandai meneroka sana-sini sedangkan ada cikgu, jangankan facebook, emel pun tidak ada. Jauh sama sekali blog dan web peribadi.

Saya faham tahap kepakaran dan minat dan  seseorang berbeza. Guru perempuan mempunyai masa yang terhad berbanding guru lelaki. Namun, ada juga guru lelaki lebih sibuk dari isterinya, menguruskan keluarga, murid, tuisyen, dan lain-lain.

Seorang guru, ketika ditanya soalan di atas, Jawapannya tidak ada. Tambahnya lagi, Facebook untuk budak-budak sahaja. Tak ada masa dengan benda-benda mengarut macam tu. Nak menggatal bolehlah...!

Saya tidak mampu berkata apa-apa, hanya menggeleng-gelengkan kepala kerana tidak saya sangka bahawa di dalam era ledakan teknologi maklumat seperti hari ini, masih ada lagi cikgu yang berfikiran seperti di zaman pop yeh yeh. Saya bersimpati kepada cikgu tersebut. Sangat-sangat bersimpati.

Saya banyak menggunakan Facebook sebagai alat perhubungan dengan murid-murid saya. Saya selalu menghantar kerja sekolah dengan menggunakan Facebook sebagai alat pengantara. Kebanyakan murid tahun 2 saya telah saya dedahkan dengan facebook dan blog. Saya mengambil kesempatan atas kehebatan media sosial ini ke arah kebaikan.

Hasilnya, hubungan saya dengan ibubapa pelajar lebih rapat dan mesra. Mereka termasuk di dalam senarai nama kawan Facebook saya. Saya tidak perlu mengatur janji temu dengan mereka untuk berbincang hal pelajaran anak-anak, cukup dengan hanya bersemuka di laman facebook. Kadang-kadang ada juga yang menyapa saya dengan menggunakan Skype.

Kepada cikgu yang saya ceritakan di atas, andai kamu terbaca tulisan saya ini, maknanya kamu sudah mula celik teknologi. Tahniah ! Cikgu boleh mengatur masa untuk berjumpa dengan anak murid tahun 2 Mutiara saya untuk belajar membuka akaun Facebook. Jangan segan dan malu ya cikgu...!

Cikgu, macam ni lah rupanya Facebook tau...!

2 ulasan:

Shahirah Zainol berkata...

Tahniah cikgu! :)

simanis berkata...

tahniah! cikgu par ada FB akhirnya... Fuh!!! aakakkaka