18.6.12

Kembali dari Pertapaan

Saya kembali semula di ruangan blog ini untuk menyapu sawang-sawang yang semakin galak bersarang. Kesibukan dengan urusan pelajaran membuatkan saya menjadi kaku apabila berada di depan layar komputer. Alhamdulillah saya telah selesai melunaskan peperiksaan USM saya. 

Tujuh subjek kesemuanya membuatkan hidup menjadi kacau bilau. Hampir sebulan juga masa yang dihabiskan untuk membuat persediaan peperiksaan itu. Inilah bahananya kalau membuat persiapan di saat-saat akhir. 4 buah novel Melayu terpaksa dihabiskan. Membaca novel untuk peperiksaan tidak sama dengan bacaan santai. 4 buah karya klasik juga terpaksa dihayati walaupun dalam keadaan pening-pening lalat. 

Namun yang paling membuatkan saya tidak keruan adalah subjek Kesusasteraan Asia Klasik. 3 buah karya klasik dari China, India dan Jepun perlu dibaca - sesuatu yang sukar untuk dijelaskan kenikmatannya. Nafsu menggelodak untuk memahaminya kerana semua teksnya dalam Bahasa Inggeris. Hati menjadi sakit apabila mengenangkan betapa penguasaan Bahasa Inggeris saya hanyalah di tahap minima. Mujurlah bahan-bahan terjemahan sedikit sebanyak dapat membantu.

Pengajarannya, jangan suka menangguh-nangguh. Ulangkaji perlu sepanjang masa bukan semata-mata menunggu waktu peperiksaan. 




Tiga buah karya klasik yang memeningkan kepala saya.

Tiada ulasan: