7.6.12

Ranking Pasukan Bola Sepak Malaysia (Mei 2012)

Apa lagi hendak diluahkan selain perasaan kecewa apabila pasukan bola sepak negara kini berada di ranking ke-154 dunia berdasarkan senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di mana dengan kedudukan sebegini Malaysia kini berada di kedudukan sebaris dengan pasukan bola sepak Bangladesh (152), Palestin (153), Samoa (156) dan juga New Caledonia (155) dan juga pasukan yang satu ketika dulu pasukan yang dianggap lemah seperti pasukan bola sepak Filipina atau pun pasukan bola sepak Singapura yang tidak mempunyai banyak padang bola sepaknya sendiri itu.

Apa sudah jadi dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)? Apa pula alasan yang logik hendak direkakan untuk menjawab segala persoalan ini ? Kalaulah begini jawabnya jangan cuba bermimpi untuk pasukan bola sepak kita memakai jersi negara di kejohanan di peringkat antarabangsa seperti sukan Olimpik, Piala Asia atau pun Piala Dunia.

Pasukan bola sepak negara hanya layak digelar jaguh kampung sahaja dimana hanya bermain sesama sendiri sahaja mampu menang dan bersoraklah peminat sesama sendiri bagi meraikan kemenangan diri sendiri.

Selagi sikap tidak berubah dan selagi tidak diubahkan pegawai-pegawai dalam persatuan selagi itulah kita akan berada di takuk 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu'.

Persoalannya mengapa Kementerian Belia dan Sukan tidak ambil alih sahaja pasukan bola sepak negara untuk pastikan pasukan bola sepak kita bersaing kembali dengan Jepun, Korea  Selatan sepertimana berlaku 30 tahun yang lalu?



Rujuk ranking terbaru bolasepak dunia di sini.

Juga baca di sini kisah kejayaan pasukan Malaysia layak ke Olimpik 1972.

Tiada ulasan: