24.6.12

Suami Lemas Dalam Dakapan Kerana Sesuatu Yang Anjal dan Mantap

Tajuk di atas bunyinya semacam ada unsur-unsur kelucahan. Memang lucah bunyinya. Jika itu yang anda fikirkan, sila lihat iklan ubat pembesaran di bawah.


Katanya dulu suaminya tidak berselera melihat dia yang tidak montok. Apa yang montoknya? Mungkin ini cerita di sebalik kelambu. Lihatlah gaya model separuh masak ini menggayakan barangannya. Montok bukan? Sebelum seperti nasi lemak 80 sen. Selepas menggunakan ubat ini, nasi lemak bertukar menjadi lebih montok. Hebat, memang hebat ubat ini. Untuk apa iklan ini? Untuk siapa iklan ini? 

Bukan dewasa sahaja yang membaca iklan ini. Anak saya yang berusia 8 tahun bertanyakan soalan - " Ayah, Cup A tu apa dia? 

Apa jawapan si ayah? Ayahnya hanya senyum. Tiada jawapan. Malu untuk menjawab.

Kita lihat satu lagi iklan.


Apa yang salahnya pada iklan ini? Sekali pandang tiada apa yang luar biasa.

Bertudung tapi tanpa rasa malu menunjukkan auratnya - perut! Sanggup dia menggadaikan maruah hanya semata-mata untuk dibayar dengan bayaran yang saya fikir tidaklah sampai RM 1 juta.

Entah apa yang bermain di fikiran pengendali ruangan iklan di suratkhabar ini. Semuanya menjurus kepada persoalan seks. Hanya itu agaknya yang difikirkan oleh rakyat Malaysia 24 jam sehari - mahu yang besar, mahu yang panjang, mahu yang ketat, mahu yang keras, mahu yang leper, mahu yang tahan lama. Segala-galanya berkaitan seks. Hidup dan mati hanyalah untuk seks. Entahlah.

3 ulasan:

mizz RFL berkata...

betul juga.. macam x boleh je suruh orang yg bukan muslim jadi model iklan macam tu.. knp mesti pilih orang islam gk?

NoorGie berkata...

betul kata cikgu tu..iklan sebegini tak sepattnya diluluskan...saya pun pernah diajukan soalan yg sama oleh anak

Faizal Raidenovich berkata...

Iklan punya pasal sanggup meroyan macam tu.selain iklan pembesaran boobs tu ada satu lagi.pakai tudung tapi lidah terjelir macam gila seks dok promote barang apakebanda tah.Melayu ni satu jela dalam kepala,seks ajerrr...haha!