17.7.12

Bagaimana Untuk Nikah Cepat dan Pantas?

Siapakah tidak mahu menikah cepat? Jika tidak mahu,  saya pasti ada masalah di dalam jiwanya yang perlu diselesaikan.

Sesungguhnya setiap orang perlu bernikah kerana ia fitrah dan bahkan ia sudah menjadi sunnah dan kewajipan dalam agama dan masyarakat.


Cara pertama,  merayu dengan ibu bapa agar sudi mencari calon atau menikahkan dengan segera. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam urusan nikah. Ini kerana jika mereka menyokong dan membantu maka akan mudah dan segeralah pernikahan itu dapat berlangsung. Mereka boleh membantu pernikahan itu disegerakan atau pun menghalangnya sehingga ia dilambat-lambatkan.

Cara kedua,, minta bantuan ahli keluarga yang simpati dan berkemampuan untuk menghulurkan bantuan. Ahli keluarga tidak semestinya hanya ibu bapa sahaja tetapi sesetengah orang mempunyai bapa saudara atau ibu saudara; datuk atau nenek atau ahli keluarga terdekat seperti abang dan kakak yang dapat membantu dalam urusan pernikahan.

Cara ketiga pula, rapat dengan orang tua dan tokoh agama untuk memudahkan dapat bantuan. Orang tua tahu dan mengenali ramai orang yang mungkin dapat membantu anda memperoleh jodoh yang baik.

"Contohnya, Si Minah yang memakai tudung labuh, anak makcik Siti yang menghafaz al- Quran, Johari yang rajin solat di masjid dan pelbagai lagi cerita dan perkara yang diketahui mereka yang dapat membantu anda menemui jodoh yang sesuai dengan izin ALLAH SWT.

Seterusnya boleh juga mencari calon pasangan daripada keluarga yang terkenal memahami sunnah dan memudahkan perkahwinan. Ramai orang memandang rendah kepada agama dewasa ini tetapi hakikatnya agama lebih utama daripada kemewahan dan harta kekayaan.

Selain itu boleh juga bernikah dengan anak yatim, janda atau duda yang sedia menyegerakan nikah. Menikahi anak yatim banyak kebaikannya serta diberikan pahala dan ganjaran yang besar jika dapat menjaga dan memelihara  mereka dengan baik.

Bagi orang lelaki, anda boleh bertanya kepada penjaga dan pengasas rumah anak yatim yang dikelolakan oleh ramai individu secara persendirian atau kepada rumah anak yatim yang dikendalikan secara syarikat atau organisasi tertentu.

Mudah bukan? Jadi, tunggu apa lagi, segeralah bernikah sekarang? Saya pun tidak mahu ketinggalan.

Disesuaikan daripada sumber.

Tiada ulasan: