1.7.12

Saya dan Rokok

"Tiada yang lebih memuaskan hati selain daripada menikmati sebatang rokok selepas menikmati hidangan."

Kenyataan di atas mungkin akan membuatkan banyak orang mencebik. Saya sebagai perokok selalu menjadi mangsa diskriminasi sesetengah orang yang begitu anti kepada perokok. Sebenarnya sudah hampir 20 tahun rokok menjadi teman saya. Bermula di sekolah menengah, pada mulanya hanya merokok sekadar main-main untuk mendapat pasport geng rock sekolah, saya terus menjadi perokok sampai sekarang.

Bukan tiada niat untuk berhenti, namun tarikan nikotin lebih ghairah berbanding niat untuk berhenti. Saya bukanlah perokok tegar yang boleh menghabiskan 20 batang rokok sehari. Semuanya bergantung pada suasana mood perasaan saya. Jikalau saya ingin melayan blues, mungkin 10 batang sehari. 


Isteri dan anak-anak saya sangat benci apabila saya merokok. Saya diharamkan merokok di rumah. Saya akur dengan perintah keras itu. Apabila nafsu ingin merokok menggelodak, saya akan keluar dari kawasan rumah. Saya akan pastikan mereka tidak menghidu asap rokok saya. Begitu juga apabila saya berada di tempat makan, saya tidak akan merokok kerana saya tahu tabiat sebegitu akan mengundang kebencian orang ramai. Saya masih memikirkan orang lain.

Insyaallah selepas ini, saya akan mengikuti klinik berhenti merokok. Ajakan jiran saya yang merupakan seorang doktor saya sambut dengan gembira. Selepas ini, saya akan bebas dari rokok. Percayalah...

Tiada ulasan: