10.7.12

Rakaman Video Panas





Panasnya...Itu baru gambarnya. Belum tengok video lagi.
Kalau anda semua mahu yang lebih panas lagi, tontonlah video di bawah. Saya pasti akan ada mata yang terjojol, jantung mesti berdegup kencang.


Inilah video yang panas.


Di bawah ini disalin maksud firman-firman Allah dalam beberapa ayat daripada al-Quranul Karim yang menerangkan tentang keadaan Neraka dan orang-orang yang dimasukkan ke dalam Neraka. Demikianlah Allah mengajak manusia agar percaya tentang kehidupan di alam akhirat. Allah tidak mahu terjadi penyesalan pada hari itu. Allah tidak bersifat aniaya, jadi terserahlah kepada manusia untuk mempercayainya atau tidak. Allah telahpun menyampaikan amaran melalui lidah Nabi Muhammad saw.
Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu daripada api Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu Neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. (Al-Baqarah [2] : 24)
Di belakangnya disediakan Neraka Jahanam dan dia akan diberi minum daripada air danur (yang keluar dari tubuh ahli Neraka). (16) Dia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya) dan dia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang dia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu) dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat. (17) (Ibrahim [14] : 16 - 17)
Dan (ingatkanlah) masa Allah berfirman: Panggillah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu (untuk menolong kamu); lalu mereka memanggilnya, tetapi sia-sia sahaja, kerana makhluk-makhluk itu tidak menyahut seruan mereka dan kami jadikan untuk mereka bersama sebuah tempat azab yang membinasakan. (52) Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat Neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya. (53) Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya. (54) Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu atau didatangi azab yang dilihat dan dihadapi. (55) (Al-Kahfi [18] : 52 - 55 )
Dah korang nak panas kan, NERAKA sajalah tempat yang panas.  Lain kali, jangan gatal mata nak tengok rakaman lucah. Blog saya bukan blog porno...!

Tiada ulasan: