7.8.12

Ada Apa Dengan Kuih Melayu Tradisional?

Pusing-pusing seputar Alor Setar semasa melayan selera berbuka puasa anak saya membuatkan saya terfikir satu dua perkara berkaitan dengan selera makan orang Melayu mutakhir ini. Salah satu restoran makanan segera berasaskan ayam yang saya kunjungi ini penuh dengan manusia Melayu. Mereka tidak kisah untuk beratur panjang demi mendapatkan makanan kesukaan mereka. Saya tidak pasti samada mereka jenis yang tidak makan nasi atau tidak. Mungkin mereka pengamal diet roti dan kentang sahaja agaknya tetapi apabila dilihat hidung - semuanya pesek dan kembang belaka !

Kesibukan orang Melayu sekarang ini yang mengejar kemajuan dan merapatkan kesenjangan ekonomi dengan bangsa lain menyebabkan mereka ini berkunjung ke restoran makanan segera. Mungkin konsep moden yang ingin diamalkan oleh orang Melayu ialah dengan cara makan sebanyak mungkin makanan segera.
  
Saya tidak kisah jika sekali-sekala anak-anak merengek minta dibawakan ke restoran ayam goreng ataupun restoran lempeng berlauk namun bukanlah satu kemestian untuk saya berbuat demikian sebulan sekali.

Namun yang jelas dan ketaranya ialah perubahan budaya dan selera makan orang Melayu ini sedikit sebanyak akan meninggalkan kesan kepada makanan tradisional orang Melayu seperti sambal belacan, budu, cencalok dan ulam- ulaman seperti petai, ulam raja. pegaga dan jering. Makanan ini semakin dipinggirkan kerana kehadiran ribuan restoran makanan segera yang membanjiri segenap sekitar tempat di Malaysia.

Asam gumpal

Seri muka
 
Anak-anak akan menjuih muncung apabila disuakan kuih serimuka atau mereka akan terpinga-pinga jika ditanya asam gumpal. Sebagai penyambung generasi, anak-anak harus didedahkan dengan kuih-kuih tradisional Melayu supaya warisan ini tidak hilang dimakan masa. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling sesui untuk kita mengambil langkah mudah dengan memperkenalkan kuih-muih tradisional yang banyak dijual di bazar Ramadhan.

6 ulasan:

eB berkata...

Asam gumpal mmg x pernah dgr... sdp ker yer?

Bung Muzaffar berkata...

eB : asam gumpal makanan tradisional orang Terengganu. Susah nak jumpa kecuali bulan puasa jaa..

Terima kasih sudi jenguk blog saya.

Suraya Baharun berkata...

suka kuih seri muka...

eB berkata...

sama2. tq kembali sudi menjenguk kami... :)

sha my heart berkata...

wah, suka ayat ayam goreng berkentang dan lempeng berlauk.
sha makan je semua, moden ke tradisional ke. Tak kisah..
Oo, asam gumpal tu makanan orang terengganu ya. 1st time dengar. Sha org kedah.

KakNi (CikNi Ahni) berkata...

dua-duan pun makan, baik yang tradisional atau yang barat. dua-dua pun sodap... heheheh...