28.8.12

Ada Masalah Untuk Senyum?

Di dalam kehidupan seharian, saya selalu berdepan dengan manusia yang kedekut senyum. Mereka ada di mana-mana. Selain itu, cuba perhatikan gambar kita di dalam kad pengenalan, gambar percutian mahupun gambar keluarga. Banyak mana kita senyum? Puas hati dengan senyuman kita? Ada gambar yang kita senyum tetapi nampak seperti tidak senyum?

Senyum tidak memerlukan sebarang kos. Ia percuma tanpa ada kontrak untuk ditandatangani. Senyum membina orang yang menerima tanpa menggugat orang yang memberi.

Habis, mengapa susah nak senyum?
Mengapa bermuka ketat?

Sesiapa yang tidak memerlukan senyuman seumpama orang yang tiada apa-apa untuk diberi.

Sekarang biar saya ajarkan bagaimana untuk senyum.

Pertama, paksa diri kita untuk senyum. Berlakon seperti kita seorang yang gembira dan ia akan mendorong kita menjadi gembira. Kegembiraan tidak bergantung kepada luaran tetapi hakikatnya dari dalam diri kita.

Langkah kedua adalah dengan memanjangkan bibir kita. Langkah ketiga, angkat otot pipi kita. Dua langkah terakhir ini dapat kita lakukan dengan sentiasa berlatih di hadapan cermin. Lakukannya berulang kali.

Langkah keempat adalah senyum..!

Mudah bukan?

Tiada ulasan: