11.8.12

Edisi Jalan-Jalan Cari Makan di Bulan Puasa

Di penghujung Ramdhan ini, kebanyakan dapur sudah mula jarang berasap. Banyak periuk dan senduk berehat di tempatnya. Restoran dan hotel menjadi tumpuan untuk berbuka puasa. Kami sekeluarga tidak terkecuali. Apabila melihat-lihat harga bufet Ramadhan di hotel sekitar Alor Setar, saya berasa sangat membazir andai kami sekeluarga seramai enam orang berbuka di tempat sebegitu. 

Di sebuah restoran yang terletak di puncak angkasa, harga bufet Ramadhannya "hanya" RM 55.00 seorang. Bayangkan, jumlah sekali berbuka puasa untuk kami sekeluarga hampir RM 200. Jumlah sebanyak itu boleh digunakan untuk belanja makan berbuka puasa selama  seminggu. Bukannya saya tidak mampu atau berkira, tetapi rasanya sangat membazir. Banyak manalah saya makan...Bila perut sudah sendat dengan air, makan pun sikit sahaja. Bukankah membazir namanya? Pada yang berkemampuan, tentu tiada masalah untuk membayar hampir RM 200 untuk sekali makan. Tidak bagi saya!

Hampir semua hotel saya jengah untuk bertanyakan harga buffet berbuka puasa. Semua harganya di luar pemikiran saya. Lagipun, pengalaman berbuka puasa di sebuah hotel di Jitra setahun lalu membuatkan saya serik untuk mengulanginya. Saya tidak betah untuk beratur panjang dalam usaha mendapatkan juadah berbuka puasa. Lagipun bukan semua juadah yang disediakan itu kena pada tekak saya maklumlah tekak orang kampung macam saya ini lain sikit. 

Akhirnya pencarian kami terhenti di sebuah restoran mamak. Pilihan anak sulung saya menjadi tempat untuk kami berbuka puasa. Kami memilih Restoran Salam, sebuah restoran nasi beriani yang sangat menyengat. Lagipun lokasi yang dipilih sangat berhampiran dengan Masjid Zahir, memudahkan kami untuk menunaikan solat Maghrib. Kami memesan empat pinggan nasi beriani, dua ketul ayam madu dan sedikit lauk tambahan lain. Harganya tidak sampai RM 50.00. Kami pulang dengan perut sendat dengan nasi beriani. Sangat mengenyangkan! Seperti kata anak saya, makan di sini lagi sedap, di hotel tadi belum tentu lagi sedap. 

Apapun,pilihan di tangan masing-masing. Duit sendiri punya. Apa mahu dimakan, tepuklah perut tanyalah selera. Cuma kalau boleh kita fikirkan, jumlah wang yang kita belanjakan untuk sekali makan itu sebenarnya hampir menyamai belanja berbuka puasa sebulan untuk orang yang tidak berkemampuan. 




8 ulasan:

Arham Md Ali berkata...

Family pun baru semalam bukak puasa dekat hotel di Johor Bharu, dia kira satu family RM300, sedap memang sedap tapi bila fikir balik, RM300 untuk sekali makan macam banyak sangat duit yang kita baling.

Kakzakie berkata...

Kakak kalauhari biasa memang setiap kali hujung minggu akan makan di luar tetapi kalau bulan ramadhan sekali pun tak akan makan diluar walaupun kakak juga tidak memasak kerana kakak beli di bazar... tapi berbaloi kerana yg dibeli itulah yg dimakan dan habis.

Hikmah puasa ni makan sikit dah kenyang kalau bayar mahal macam tak berbaloi kakak rasa.

Bung Muzaffar berkata...

Kak Zakie ; yang dibeli itulah yang dimakan...sangat betul..

Arham : asalkan berduit, RM 300 saya rasa tiada masalah kan...cuma sedikit ralat sebab duit sebanyak itu boleh digunakan untuk berapa kali makan...

Terima kasih sudi singgah blog saya.

Shahirah Zainol berkata...

Sedapnyaaa nasi beriani :DDD

Suraya Baharun berkata...

yang penting ikut kemampuan perut..bayar mahal2 bukan nye bleh makan semua pun...:)..

eB berkata...

wahhhh penoh meja tuh :)

Cikgu Ma berkata...

abah x penah ajak berbuka kat luar..hehe

KakNi (CikNi Ahni) berkata...

Saya rasa ak berbaloi makan buffet samada di hotel atau di restoran masa bulan puasa ni. Bukan nya banyak pun kita makan masa iftar. Kalau kata nasi beriani ke nasi ayam ke cuma mampu makan separuh je pun. Lebih baik KIV dulu, lepas raya nanti baru gi makan sakan.... hahahah....