26.8.12

Lelaki Yang Gatal atau Sememangnya Perempuan Lebih Gatal?

Lelaki selalu disalahertikan sebagai spesies yang gatal. Perempuan tidak akan teragak-agak untuk melabelkan lelaki sebagai miang walaupun kadang-kadang kemiangan itu berpunca daripada perempuan sendiri.

Cuba bayangkan situasi begini. 

Anda sedang menaiki tangga bergerak. Di hadapan anda ada seorang perempuan memakai skirt yang sangat pendek. Pendeknya itu hampir sejengkal sahaja. Apa patut anda buat?

Terus melihat ke depan? Gatal...!

Melihat ke bawah? Gatal...!

Saya sendiri pernah berdepan dengan situasi seperti di atas. Mahu tidak mahu terpaksalah saya terus memandang ke depan. Habis, mahu pandang ke bawah? Lagi bahaya, silap langkah nanti kaki tersadung. 

Jadi, siapa sebenarnya yang gatal?

Perempuan itu yang sememangnya gatal kulit kerana terpaksa memakai skirt pendek ataupun saya yang gatal?

Kalau ditanya pada perempuan, sahih jawapannya saya yang gatal sebab saya lelaki. Kan?

Tiada ulasan: