18.9.12

Cara Mengesan Kehadiran Jin Di Dalam Tubuh Badan Kita

Menurut Ustaz Dr. Haron Din  (Harakah Bil.1340), dunia kita ini didiami oleh banyak makhluk. Manusia, jin, haiwan, unggas-unggas, ikan dan sebagainya. Apabila kita berkongsi tempat tinggal di dunia ini, maka dengan sendirinya kita akan berinteraksi dengan semua makhluk ini. Kita akan berjumpa, berkawan, bersapa, bermusuh dan sebagainya. 

Syaitan (makhluk halus) wujud. Mereka pada umumnya adalah musuh manusia. Makhluk halus boleh menyerupai manusia dengan pelbagai rupa.

Salah satunya mereka boleh menyerupai manusia seperti yang disabitkan dalam Firman Allah SWT dalam al-Quran (mafhumnya): 

“Dan (ingatlah) ketika syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka, serta menghasut mereka dengan berkata: “Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku (syaitan) adalah pelindung dan penolong kamu……..(hingga akhir ayat).” (Surah al-Anfaal, ayat 48).

Bagaimanakah cara untuk kita mengesan kehadiran jin di dalam tubuh badan kita? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1


Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.


 
Langkah 2

Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik di mulut atau di hati.


Langkah 3


Perhatikan setelah selesai. Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.


Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.

sumber : zakizakirin.wordpress.com 

Tiada ulasan: