18.9.12

Risau

Setiap anak yang lahir mendengar kalimah tayyibah. Penyaksian bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya. Azan dan iqamah itu bagai memperingatkan setiap kita yang lahir agar bersedia melaksanakan misi di dunia sebagai khalifah, bertunjangkan kalimah syahadah itu.

Kemudian, detik pun berlalu. Kaki si anak yang asalnya sebesar dua jari mula membesar. Satu demi satu peringkat ‘kepandaian’ menjadi perhatian dan bualan ibu bapa. Dalam pada itu, pelbagai impian dan harapan turut diserapkan ke dalam minda anak-anak. 

Ada juga yang awal-awal menanam cita-cita kerjaya, apabila besar ingin menjadi apa. Segala harapan ibu bapa diterjemahkan ke dalam jadual kehidupan anak. Demi memastikan anak genius dan meraih kerjaya idaman ibu bapa, pelbagai aktiviti dan rejim pembelajaran mula diasak dan didisiplinkan, seawal setahun dua.

Ini cerita realiti hari ini. Subur dalam masyarakat yang sentiasa risau akan anaknya. Risau ketinggalan tumbesaran daripada rakan sebaya. Risau kekurangan bakat yang dipamerkan anaknya. Risau kerjaya apa yang bakal diceburinya. Risau dengan kemampuan kewangan dalam menyekolahkan mereka di tempat terbaik. Risau dengan pandangan orang lain terhadap anaknya.



Namun, adakah kita risau akan agama mereka? Bagaimana dengan solat mereka? Bagaimana agama rakan-rakan mereka? Bagaimana cara mereka beragama? Apa peluang mereka menambah ilmu agama?
Moga kita diberi petunjuk olehNya.

Tiada ulasan: