13.9.12

Untuk Wanita 40-an : Jom Bercinta Lagi

Hidup saya di tempat kerja dikelilingi oleh ramai wanita. Kebanyakan mereka berusia 40-an. Saya sendiri masih lagi belum memasuki kelab 40. Dalam pemerhatian saya, biasanya apabila wanita memasuki kelab 40, mereka akan mula memasang badan. Baguslah begitu.

Namun, mereka juga menjadi lebih sensitif. Saya biasakan diri memanggil mereka sebagai "kakak". Panggilan "makcik" sama sekali perlu dijauhi, sangat-sangat sensitif. Dalam usia sebegini, mereka sudah mantap dari segi kewangan dan tidak memerlukan suami untuk menyumbang bagi menebalkan dompet mereka. Lagipun anak-anak sudah besar, jadi bolehlah mereka berpergian ke mana-mana sahaja asal mendapat izin suami.

Apabila saya mengusulkan idea bercinta kali kedua, mereka semua marahkan saya. Idea saya begini sebenarnya. Maksud saya, bercinta itu bukan dengan orang lain, bukan dengan suami sendiri tetapi bercinta dengan diri sendiri. Sabar dulu, biar saya jelaskan lagi.

Wanita 40-an mempunyai banyak masa terluang dalam jadual seharian mereka. Tiada anak-anak kecil untuk ditukar lampin mahupun dibancuh susu. Suami sudah tentu akan dilayan makan minumnya, walaupun kadang-kadang hanya membancuh minuman 3 dalam 1 sahaja. Suami sekarang tidak cerewet. Jadi, dengan masa yang terluang itu, bolehlah wanita-wanita ini ke surau masjid untuk mendalami agama. Kalau tidak mahu ke masjid, boleh saja menjaga badan. Masuklah kelab tai-chi ataupun kelas aerobik.Mereka boleh pasang badan semahu-mahunya, mengalahkan anak dara. Kerana itu, ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit setiap bulan semata-mata supaya dapat dihilangkan imej 'makcik' mereka.

Kelab Tai-Chi

Senang bukan? Itulah yang saya maksudkan dengan bercinta kali kedua...! Sayangi diri sendiri, belailah dengan sepenuhnya kerana sebelum itu saya percaya mereka tiada kesempatan untuk berbuat demikian.

1 ulasan:

KakNi (CikNi Ahni) berkata...

ungkapan "cinta kali ke-2" tu simbolik sangat, tu yang orang tak paham, tu yang "mokcik-mokcik" melompat jadi nya... hahahahah...