17.10.12

Perkataan Yang Tidak Wujud dalam Bahasa Melayu

Banyak penutur atau pengguna bahasa Melayu, baik penutur jati atau penutur baharu tidak peka akan perkataan yang digunakan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Perkataan yang tidak wujud dalam bahasa Melayu acap digunakan dengan sewenang-wenangnya tanpa merujuk sama ada perkataan tersebut diterima dalam konteks penggunaan tatabahasa atau ejaan bahasa Melayu. 

 Berkemungkinan besar, penutur bahasa Melayu tidak sedar akan hal tersebut kerana keliru disebabkan pengaruh luar seperti media massa yang kerap menggunakan perkataan tertentu dalam akhbar atau majalah keluaran mereka. Berikut beberapa contoh perkataan yang kerap digunakan dalam bahasa Melayu tetapi sebenarnya tidak terdapat dalam Kamus Dewan. Antaranya ialah : taksub, stokin, lagenda, ole-ole, guris, mastika, kasturi, garuda, kekanda, ciplak, istirehat, redha, waswas, catit dan mee.

Sumber : Pelita Bahasa, Mac 2012.

Tiada ulasan: