22.12.12

Belajar Daripada Kanak-Kanak (2)

Ketika saya kecil, banyak kali juga saya bergaduh dengan rakan-rakan sebab tidak puas hati dengan mereka tetapi, biasanya pada hari yang sama , kami akan berbaik semula dan boleh bermain polis sentri dan sorok-sorok seperti biasa.


Contoh yang saya bawakan itu menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak pandai menyimpan dendam. Mereka mudah melupakan dan memaafkan. Sekarang, adakah mudah untuk kita mencari orang dewasa yang tidak mudah menyimpan dendam? Bagi kanak-kanak, memaafkan bermaksud forgive and forget. Bagi orang dewasa pula, biasanya memaafkan bermaksud 'I can forgive but I can't forget!'

Dalam hidup kita, pasti ada satu dua manusia yang buat kita rasa naik angin, terhina dan sebagainya. Mungkin dia tidak pernah pun datang meminta maaf kepada kita walaupun sudah terang lagi bersuluh bahawa itu memang salah dia. Saya pernah beberapa kali ada pengalaman ini. Konflik antara manusia akan sentiasa muncul, tetapi saya cukup tidak faham mengapa ada sesetengah orang yang mahu menyelesaikannya dengan cara menyimbah minyak ke dalam api.

Saya mahu lebih belajar untuk memaafkan dan melupakan semua orang, tetapi bagaimana harus saya mulakan?

Tiada ulasan: