23.12.12

Belajar Daripada Kanak-Kanak (3)

Sewaktu kecil, ibu pasti akan melarang kita menerima pemberian gula-gula dari seseorang yang tidak dikenali, takut-takut orang itu adalah penculik.

Sekarang bagaimana untuk kita menggunakan 'rahsia' kanak-kanak yang ini? Semestinya adalah dengan kita tidak terlalu bersangka-buruk, lagi-lagi terhadap saudara seIslam kita. Orang yang mudah bersangka-buruk ini biasanya juga tergolong dalam geng kaki umpat.

Namun demikian kita tidak boleh percaya 100% kepada semua orang. Maka sifat berhati-hati tetap perlu diamalkan. Tanamkan juga sifat ragu-ragu kepada sesetengah orang, lagi-lagi yang baru dikenali. Ragu tidak bermaksud prejudis. Ragu terjadi apabila kita masih tidak yakin dengan seseorang itu. Prejudis adalah melabelkan atau menghukum seseorang secara negatif tanpa bukti yang sahih dan kukuh.

Tiada ulasan: