24.12.12

Belajar Daripada Kanak-Kanak (4)

Kanak-kanak berperasaan riang sentiasa kerana mereka masih lagi tidak tahu apa 'perkara-perkara' yang sedang menanti mereka apabila mereka dewasa kelak. Bagi kita yang sudah dewasa ini, tidak perlu terlalu panik dengan ujian yang Allah beri. Setiap manusia, tidak kira agama dan bangsa, akan ada ujiannya yang tersendiri. Jika kita terlalu panik, maka kita akan lemas di lautan dunia.

Maka rileks... Jika hidup tiada ujian, maka sila semak kawasan sekeliling anda. Mungkin anda tidak berada di Planet Bumi. Jika anda baru sahaja sedar yang anda sedang berada di Planet Bumi, maka saya ucapkan selamat datang ke planet ini.


Perkara-perkara lepas, kita ambil iktibar darinya. Perkara akan datang, kita rancang sebaiknya. Tetapi semestinya ada had. Jika had ini dilanggar, maka itu akan membuatkan kita rasa sedih dan gelisah

Tiada ulasan: