19.1.13

Antara Sport Rim dengan Yuran PIBG, Mana Yang Lebih Penting


"Bantuan RM100 dapat kurangkan beban belanja persekolahan anak". (sumber Buletin Utama TV3)
Persoalan : Urusan menyekolahkan anak beban atau tanggungjawab?


Itulah entri di halaman Facebook saya yang menjadi perbincangan apabila ada sahabat Facebook saya yang mempertikaikan mengapa saya mengemukakan persoalan tersebut.

Saya sama sekali tidak mempertikaian nilai RM 100 itu cuma hati saya terusik apabila menonton temuramah bersama ibu bapa yang menerima duit tersebut di Buletin Utama TV3. Kata mereka, bantuan tersebut dapat mengurangkan beban.

Persoalan saya, apakah urusan menyekolahkan anak itu satu beban? Saya bukannya mempersoalkan, cuma terfikir mengapa ibu bapa yang ditemuramah semuanya berkata bahawa bantuan tersebut dapat mengurangkan beban. Saya menumpukan pada perkataan beban. Apakah mengeluarkan duit untuk persekolahan anak dianggap satu beban? Saya senaraikan di sini jumlah yang perlu dibayar oleh ibubapa untuk belanja masuk sekolah anak-anak. 

Beg = RM30
Buku latihan sekolah =RM70
Kasut (2) dan stokin = RM 40
Alat tulis = RM20
pakaian sekolah (termasuk sekolah agama) = RM60
Yuran sekolah agama = RM60
Jumlah semua = RM280

Maknanya ibubapa hanya perlu menabung sebanyak RM23 sebulan selama 12 bulan untuk persiapan sekolah anak. Kalau kelengkapan tersebut masih lagi elok, untuk apa dibeli baru? Perlukah setiap kali buka sekolah setiap kelengkapan diganti baru?

Di Jitra, saya pernah terjumpa kedai yang menawarkan harga kelengkapan sekolah yang sangat murah. Bayangkan harga kasut hanya RM16, stokin 90 sen sepasang, baju sekolah RM13, seluar sekolah RM23. Yang menjadi masalah apabila ibubapa menurut anak-anak untuk membeli kelengkapan yang berjenama. Beg sekolah berjenama SWAN sekurang-kurangnya RM 50, baju dan seluar berjenama Canggih sekurang-kurangnya RM29. Yuran sekolah tidak perlu dibayar. Yuran PIBG hanya dibayar untuk seorang anak sahaja. 




Saya sudah 15 tahun menjadi guru. Bermacam-macam jenis ibubapa yang saya jumpa. Pada mereka sport rim sangat penting dalam kehidupan berbanding yuran PIBG anak. Pintu pagar krom sangat sangat penting berbanding urusan sekolah anak. Rokok pula teramat pentingnya berbanding duit belanja anak. DVD dan VCD dibuat koleksi sehingga mencecah siling rumah berbanding membeli buku-buku rujukan anak-anak. 

Begitulah adanya sikap dan pandangan orang kita terhadap pelajaran anak-anak. 
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.



  

Tiada ulasan: