1.1.13

Azam Tahun Baru Seorang Wanita




Bagi kebanyakkan wanita, antara azam tahun baru yang paling popular ialah untuk menguruskan badan. Mereka yang sudah kelihatan cantik, pasti berazam ingin lebih cantik lagi. Bagi yang bersaiz XL pula, saiz S menjadi idaman.

Wanita memang boleh dipuji dalam hal kecantikan terutama sekali melibatkan tubuh badan mereka. Ada yang sanggup berlapar dan menghabiskan ribuan ringgit demi memastikan yang kecil menjadi besar, yang besar pula menjadi kecil. Jogging, aerobik dan mengawal pemakanan menjadi satu agenda dalam kehidupan mereka.

Mahu kurus bagus cuma yang kurang bagus jika sampai lupa menjaga keperluan anak dan suami. Mahu cantik punya pasal, anak dan suami kelaparan menelan nasi sejuk menogok air suam. Semua gara-gara siibu mahu kurus..!

Ada juga yang mengambil jalan pintas dengan mengambil produk kesihatan. Perlu diingat wahai wanita-wanita yang mahu kurus, jangan ambil ubat sembarangan. Telah terbukti sesetengah produk kecantikan ini mengandungi bahan berbahaya kepada kesihatan. Tersilap langkah, suami lari malam melihat paras rupa dan bentuk tubuh anda bertukar.

Ada juga yang sangat terdesak sehingga membuat pembedahan plastik. Jika klinik tersebut disahkan pihak berkuasa tentulah tiada masalah. Cuma kalau klinik tersebut doktornya cap ayam, alamatnya akan ada payudara yang besar sebelah...! Tersilap bedah, benda yang sedia cantik akan berubah menjadi hodoh sehodoh-hodohnya. Maka, berpada-padalah dalam hal kecantikan. 

"Selamat tahun baru 2013 kepada semua pembaca blog ini".

Tiada ulasan: